Posts

Showing posts from 2007

artikel pertama

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Majlis Agama Islam setiap negeri digesa supaya menyeragamkan undang-undang berkaitan wakaf bagi membolehkan tanah wakaf terbiar dibangunkan untuk membiayai kegiatan agama dan menjana ekonomi. Wakil Pemuda Umno Abdul Shukur Idrus berkata kini terdapat puluhan ribu ekar tanah wakaf terbiar kerana wujud fahaman bahawa bagi mendapatkan lebih pahala, tanah wakaf perlu dibangunkan untuk masjid, surau, sekolah agama dan tanah perkuburan sahaja. Majlis Agama Islam sepatutnya diberikan kuasa untuk menukarkannya kepada kegunaan wakaf am bagi dibangunkan dengan projek yang sesuai seperti pusat perniagaan dan perladangan yang dapat menjana ekonomi. Ganjaran pahala akan tetap diterima oleh wakif selagi tanah wakaf itu dimanfaatkan, katanya ketika membahaskan usul agama dan sosial di Perhimpunan Agung Umno 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Beliau memberikan contoh Singapura yang memiliki 200 tapak tanah wakaf dengan nilai pasaran S$250 juta ...